Friday, December 24, 2010

Ayit masuk hospital

"Aku segera menelefon seorang sahabatku yang juga naqibku; Khairi. Aku memberitahunya untuk datang mengambil aku kerana aku tidak larat untuk memandu kereta. Aku juga menyuruh beliau untuk membawa seorang lagi kawan supaya boleh tolong untuk menghantar kereta jiranku. Aku meraung kecil. Tidak tahu apa lagi untuk dibuat sementara menunggu mereka tiba. Dalam beberapa minit itu, aku berulang di antara duduk dan baring. Tidak boleh duduk diam.

Saat Khairi tiba, tidak dapat aku menahan sebak didada. Aku menangis sambil dipapah oleh Khairi. Terharu kerana mereka datang untuk mengambil aku. Khairi merupakan pelajar perubatan di sini, jadi dia menanyakan keadaan aku. Aku mengatakan bahawa aku berasa sakit di dada, pening di kepala, kesukaran untuk bernafas, dan berpeluh yang luarbiasa.

Beliau menyarankan untuk menghantar aku ke hospital. Walaupun aku agak berat untuk kesana, namun aku membuat keputusan untuk bersetuju kerana takut jika sakit ini semakin teruk.Aku dimasukkan ke wad kecemasan pada pukul 3.30 petang ditemani oleh Khairi dan Mujahid. Setelah ditanyakan beberapa soalan oleh doktor dan jururawat disitu, doktor menyatakan kebimbangan sekiranya sakitku itu berpunca dari sakit jantung. Aku berasa agak risau. Sekiranya itu betul, bertambah penyakit kronik yang aku hidapi. "Ya Allah berilah aku kekuatan".

pesakit di sebelah katil Ayit..
Akhirnya pada pukul 4.30 petang, Aku dibenarkan pulang ke rumah, dengan syarat aku mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, bukan sakit jantung. Tapi penyakit lain, juga penyakit kronik. Tapi mungkin tidak seteruk sakit jantung.

Diberikan ujian sebegini, mungkin untuk menyedarkan aku yang telah lalai dibuai arus duniawi.

(dicelok drp blog ayit!!!)

3 comments:

  1. Ayit don't worry about your health okay. Just take what should n what u shouldn't eat. then your health will be taken care of.

    ReplyDelete
  2. Have a happy journey home!!!

    ReplyDelete
  3. Kesiannya...macamana ayit sekarang... apa sakitnya. Jagalah kesihatan. semoga ALLAH selalu brsama kita semua dlm mngharungi liku-liku kehidupan..mak usu said

    ReplyDelete

Kenangan Bersama Arwah Opie

Sweet Memories of Maklang's Family

Yusuf n the gang (maklang dapat dari you tube) haha...